ARTIKEL

Rundingan pencen pekerja tergantung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PARIS: Perancis pada Khamis bersiap sedia untuk satu lagi bantahan dan mogok yang mengecam pembaharuan pencen Presiden Emmanuel Macron selepas rundingan antara kerajaan dan kesatuan sekerja berakhir dengan kebuntuan.

Sebelum ini terdapat tanda-tanda bahawa gerakan protes selama dua setengah bulan itu mula kehilangan sedikit momentum dan kini kesatuan sekerja mengharapkan kehadiran ramai penyokong.

Semua pihak dalam kebuntuan sedang menunggu keputusan pada 14 April berhubung pembaharuan dari Majlis Perlembagaan Perancis, yang mempunyai kuasa untuk membatalkan sebahagian atau bahkan semua perundangan.

Macron, yang kini berada di luar negara dalam lawatan ke China, menghadapi cabaran terbesar dalam penggal keduanya berhubung baik pulih pencen utamanya, termasuk menaikkan umur persaraan minimum daripada 62 kepada 64 tahun.

Protes menjadi ganas selepas Perdana Menteri Elisabeth Borne pada 16 Mac menggunakan kuasa eksekutif yang kontroversi untuk membentangkan rang undang-undang itu melalui parlimen tanpa undi.

Unions berkata, pertemuan dengan Borne pada Rabu tidak membuat kemajuan selepas beliau enggan membincangkan kembali umur persaraan minimum 64 tahun.

Baca lain  COVID-19: 481 kes baharu di Singapura, jumlah kes lepasi paras 50,000

“Ia jelas satu kegagalan apabila Perdana Menteri tidak membenarkan jalan masuk ke dalam perbincangan itu,” kata Cyril Chabanier, bercakap bagi pihak lapan kesatuan utama negara itu selepas mereka keluar hampir sejam dalam rundingan.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

Puluhan badak sumbu dilepaskan di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Berpuluh-puluh ekor badak sumbu dilepaskan ke habitat semula jadi di Afrika Selatan, dalam langkah pertama inisiatifnya untuk membebaskan 2,000 ekor badak sumbu ke dalam

Filipina beli 5 kapal pengawal pantai

MANILA: Filipina bersetuju untuk membeli lima kapal peronda pengawal pantai dari Jepun dalam perjanjian bernilai lebih AS$400 juta, kata Manila pada Jumaat. Pengumuman itu dibuat

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan