ARTIKEL

RUU Alam Sekitar bukti dedikasi Sarawak tangani isu kritikal perubahan iklim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Rang Undang-Undang Alam Sekitar (Pengurangan Pembebasan Gas Rumah Hijau) 2023 mencerminkan usaha Kerajaan Sarawak menangani isu kritikal perubahan iklim serta memupuk persekitaran mampan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, ia selaras dengan aspirasi Malaysia untuk mengurangkan pembebasan karbon sekali gus mencapai sifar bersih dalam pelepasan gas rumah hijau menjelang tahun 2050.

“Kita tidak boleh lagi menutup mata terhadap isu perubahan iklim yang mendesak dunia termasuk tanah kita di Sarawak.

“Ancaman terhadap nyawa dan mata pencarian adalah jelas kerana sebelum ini tidak pernah lagi kita menyaksikan iklim yang tidak konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi perbahasan menyokong RUU Alam Sekitar (Pengurangan Pembebasan Gas Rumah Hijau) 2023 pada persidangan DUN, hari ini.

Jelasnya, inisiatif pelepasan sifar bersih 2050 telah mendapat sokongan padu daripada pelbagai sektor masyarakat.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan Sarawak sudah pun mengorak langkah yang membanggakan dalam perjalanan peralihan hijau.

“Kami telah menambah sumber tenaga boleh diperbaharui, memupuk perkongsian inovatif dalam sektor tenaga hijau, memberi insentif kepada tenologi cekap tenaga, mempromosikan pilihan pengangkutan hijau secara aktif dan menerokai pertumbuhan hijau secara berwawasan,” jelasnya.

LAIN-LAIN BERITA

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

24 mesin hemodialisis baharu diagih ke seluruh Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak memperuntukkan sebanyak 24 buah mesin hemodialisis yang bernilai RM987,600 dalam usaha memperkasakan rawatan pesakit buah pinggang di negeri ini.

BERITA TERBARU

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap