HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

RUU Antilompat bawa landskap politik positif

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Karim ketika ditemui wartawan selepas menghadiri Majlis Makan Malam Gala di Hotel Waterfront. FOTO Alief Noni

 

KUCHING: Kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Antilompat Parti bakal membawa arena politik Malaysia ke landasan yang lebih baik, kata Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu itu berkata, kelulusan RUU tersebut juga merupakan keputusan yang baik dalam mencerminkan perasaan setiakawan dalam kalangan Ahli Parlimen.

“Keputusan telah diterima sebulat suara. Pada pandangan peribadi saya, ini adalah perkembangan baik yang akan membuka jalan kepada perkembangan positif landskap politik Malaysia,” kata Karim.

Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan berkata demikian ketika menghadiri Majlis Makan Malam Gala Mesyuarat Sub-Jawatankuasa Kebudayaan Asean-Coci (SCC) Ke-23 dan Mesyuarat Rangkaian Kerjasama Budaya Asean Plus Three (APTCCN) Ke-11 di Hotel Waterfront, malam tadi.

RUU Antilompat telah diluluskan di Dewan Rakyat semalam selepas mencapai majoriti dua pertiga dengan 209 Ahli Parlimen mengundi menyokong RUU tersebut, manakala 11 tidak hadir.

Ketika ditanya sama ada perkara ini akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang, Adun Asajaya itu berkata ia tidak perlu.

“Pada pendapat saya, perkara ini tidak perlu dibincangkan di Dun kerana ia telah dipinda di Parlimen dan Akta Pilihan Raya 1958 adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Kita hanya perlu menunggu RUU itu diwartakan dan dijadikan undang-undang. Jadi, pada pandangan saya, perkara ini tidak perlu dibincangkan lagi di Dun,” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru