ARTIKEL

RUU Kewangan lulus lepas bacaan ketiga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan (No.2) 2023, pada Selasa.

RUU yang diluluskan selepas bacaan kali ketiga semalam oleh Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong bertujuan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, serta Akta Duti Hiburan 1953.


Pindaan tersebut turut melibatkan Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983, Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998, Akta Cukai Pelancongan 2017, Akta Cukai Jualan 2018, Akta Cukai Perkhidmatan 2018, dan Akta Levi Pelepasan 2019.

Sim berkata pindaan tersebut adalah bagi menguatkuasakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2024 termasuk Cukai Keuntungan Modal bagi Pelupusan Saham Tidak Tersenarai, Cukai Minimum Global, dan invois elektronik.

“Selain itu, Rang Undang-Undang ini akan bertujuan untuk menambah baik pendapatan cukai langsung dan cukai tidak langsung yang memerlukan pindaan akta-akta yang berkaitan,” katanya.- BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

2,338 menara telekomunikasi siap dibina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,338 menara telekomunikasi baharu daripada 3,884 yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk menaik taraf jaringan jalur lebar di seluruh

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan