ARTIKEL

RUU lulus, anak kahwin campur diiktiraf bumiputera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Satu detik bersejarah bagi anak-anak hasil perkahwinan campur di negeri ini apabila DUN Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tafsiran (Pindaan), 2022, hari ini.

Timbalan Speaker DUN Datuk Idris Buang berkata, RUU berkenaan diluluskan selepas bacaan ketiga oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan dibahaskan oleh 12 Adun.

RUU yang meminda Ordinan Tafsiran, 2005 [Cap. 61] itu kini memasukkan anak-anak hasil daripada perkahwinan campur sebagai bumiputera walaupun hanya salah seorang ibu atau bapanya adalah peribumi Sarawak.

Menurut Hasidah, setakat ini sebanyak 12 lagi kaum tambahan akan dimasukkan iaitu Bagatan, Bakong, Bemali, Berawan, Dali, Lakiput, Jatti Miriek, Narom, Sa’ban, Tatau, Tring dan Vaie.

“Pindaan ini adalah penting tepat pada masanya dan merupakan langkah ke hadapan Sarawak kerana perkahwinan campur merupakan perkara biasa berlaku di negeri ini.

“Dengan pindaan ini, tidak ada lagi keperluan untuk kedua-dua ibu bapa mesti peribumi Sarawak seperti ordinan sebelum ini,” katanya ketika membentangkan RUU Tafsiran (Pindaan) 2022 pada sesi persidangan DUN di di sini, hari ini.

Tambah Adun Samariang itu, pindaan ini juga termasuk seksyen baharu 63 yang memberi kuasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk meminda jadual sekiranya terdapat penambahan kaum selain daripada yang disenaraikan pada masa hadapan.

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU