ARTIKEL

Abang Johari bercakap kepada media selepas menyempurnakan Simposium dan Expo Warisan Budaya Iban 2024. - Foto: Ramidi Subari

RUU mansuh Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) memansuhkan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 dijangka dibentangkan pada Persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata perkara tersebut antara yang dibincangkan bersama menteri-menteri Persekutuan, Ahli Parlimen dan Senator dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) di ibu negara hari ini sempena Sidang Parlimen.

Katanya, akta tersebut kemungkinan dimansuhkan kecuali Pelabuhan Labuan yang kekal di bawah Kerajaan Persekutuan.

“Kita punya (Bintulu) akan dikeluarkan dan Labuah masih menjadi pelabuhan persekutuan dan Bintulu dikeluarkan menjadi milik Sarawak,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Simposium dan Expo Warisan Budaya Iban 2024 bertemakan ‘Reta Tengkira Lanting Bangsa’ di Bangunan Yayasan Budaya Dayak di sini, hari ini.

Terdahulu, Abang Johari mengadakan pertemuan selama tiga jam setengah untuk berkongsi maklumat tentang beberapa perkara yang melibatkan dasar-dasar Kerajaan GPS dan hak-hak Sarawak yang mungkin dibawa bagi pembentangan dan perbahasan di Parlimen.

Antara yang hadir, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan-Timbalan Menteri, Peguam Besar Sarawak, Datuk Saferi Ali, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Dr Muhammad Abdullah Zaidel.

Ditanya tentang pelantikan Speaker Dewan Negara yang baharu, beliau memberitahu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan perkara tersebut.

“Tunggu sahaja, sama-sama kita tunggu. Tentu sekali ia akan anak Sarawak yang dilantik,” ujarnya.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU