ARTIKEL

RUU Perhutanan Negara disokong asal tidak bercanggah dengan undang-undang, kod tanah Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak menyatakan sokongan terhadap pindaan Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, dengan syarat ia tidak bercanggah dengan undang-undang dan kod tanah di negeri ini.

Demikian tegas Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh yang berkata ia (disokong) kerana Kerajaan Persekutuan mempunyai polisi tanah dan perhutanan negara dalam aspek prinsip.

Bagaimanapun katanya dalam aspek perincian, Sarawak memiliki kuasa penuh untuk melaksanakannya, termasuk dalam bidang perhutanan dan perlindungan alam sekitar.

“Kita sudah jelas mengenai undang-undang perhutanan ataupun tanah Sarawak, memang di bawah kuasa negeri…secara prinsipnya kita menyokong supaya tidak bercanggah dengan undang-undang kita, itu saja. 

“Namun, mana-mana undang-undang yang digubal di peringkat parlimen, yang tidak disokong kerajaan negeri, kita tidak akan terima,” katanya selepas merasmikan Hari Intergriti Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai saranan supaya kerajaan negeri menerima pakai keseluruhan pindaan dicadangkan dalam RUU Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 yang telah dilulus dan diwarta di peringkat Persekutuan pada September tahun lalu sebagai Enakmen Perhutanan (Pemakaian) di negeri masing-masing.

Menjelas lanjut, Len mendedahkan sebelum sebarang pindaan undang-undang dibawa ke peringkat parlimen, terdapat perbincangan intensif di peringkat jabatan dan pihak berkepentingan. 

“Kita mempunyai polisi tanah negara dan perhutanan negara, tapi dari segi prinsip. Dari segi perincian ia masih dalam kuasa kita melaksanakannya. Perhutanan ataupun ordinan hidupan liar dan perlindungan, dan perhutanan.

“Sekarang ini, kita juga sedang berunding dengan Jabatan Alam Sekitar (DOE) mengenai penurunan kuasa dalam undang-undang Lembaga Alam Sekitar Negeri (NREB),” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta