RUU Perlembagaan Sarawak (Pindaan) 2020 diluluskan

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Sarawak 2020, setelah menimbulkan kontroversi dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

RUU ini diluluskan apabila mendapat sokongan majoriti ahli dewan, walaupun ia dibantah oleh Adun pembangkang yang mendakwa kerajaan Sarawak cuba menjual hak Sarawak melalui pindaan yang dicadangkan itu.

Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Awang Asfia Awang Nassar pada awal menentukan kelulusan RUU tersebut secara undi belah bahagi namun hanya sembilan Adun yang bangun sebagai bantahan.

Ia menyebabkan Asfia menentukan kelulusan cadangan pindaan secara sebulat suara.

Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang membentangkan RUU ini berkata tujuan pindaan dibuat ialah untuk melayakkan rakyat Sarawak yang berumur 18 tahun ke atas untuk menjadi Adun.

Beliau menambah perkara seterusnya ialah untuk memastikan Adun Sarawak adalah anak jati Sarawak.

Suara Sarawak