ARTIKEL

ADUN Opar, Billy Sujang, membahaskan RUU Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan) 2024 di DUN hari ini. | Foto: Mohd Alif Noni

RUU Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan) 2024 lindungi rakyat daripada penyakit membawa maut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pindaan kepada Seksyen 23, Rang Undang-undang (RUU) Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan) 2024 menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk melindungi orang awam daripada virus rabies serta penyakit lain yang membawa maut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata, ia sangat penting untuk memastikan bahawa tidak ada haiwan liar atau haiwan peliharaan berlegar-legar di mana-mana premis makanan sehingga menjangkiti atau dijangkiti virus berkenaan.

“Kehadiran haiwan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti jangkitan rabies akibat daripada gigitan anjing atau kucing yang dijangkiti virus rabies.

“Tambahan lagi, najis daripada haiwan akan mewujudkan persekitaran yang tidak bersih kepada premis makanan kerana semua lalat terbang di sekitar kawasan itu.

“Lalat juga akan menyerang dan mencemari makanan dengan bakteria infektif yang akan membawa kepada keracunan makanan sebaik sahaja makanan yang tercemar dimakan oleh pelanggan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan (RUU) yang dibentangkan oleh Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Tambahnya lagi, kegagalan untuk mematuhi ordinan ini atau mana-mana peraturan yang berkuatkuasa di kawasan pihak berkuasa tempatan akan menyebabkan premis itu berisiko ditutup atau dimeterai oleh pihak berkuasa.

Beliau juga berkata, dengan memasukkan subseksyen (3) baharu kepada Seksyen 38 Ordinan Utama berhubung kolumbaria di bawah peruntukan pelesenan merupakan tindakan yang selaras dengan keperluan masyarakat kontemporari.

“Pengubahsuaian ini adalah keutamaan dalam amalan peringatan dan keperluan bagi ruang terkawal untuk penyimpanan tempayan yang mengandungi abu si mati.

“Penyelenggaraan tetap dapat memastikan kolumbaria kekal bersih dan terpelihara dengan baik serta memberikan ketenangan kepada pengunjung dan tempat peristirahatan yang dihormati bagi si mati,” jelasnya lagi.

Untuk makluman, dari April 2017 hingga kini, sebanyak 78 kes rabies telah dilaporkan di Sarawak.

Daripada jumlah itu, 71 kes atau 91 peratus membawa maut manakala tujuh kes lagi dibenarkan pulang.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)