ARTIKEL

RUU (Pindaan ) 2023 dilulus untuk tangkap kes percubaan bunuh diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023, yang antara lain membolehkan pegawai intervensi krisis menangkap mana-mana orang yang cuba membunuh diri.

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Ramkarpal Singh berkata pindaan itu bertujuan meminda Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615), susulan pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Buat masa ini pegawai intervensi krisis hanya melibatkan pegawai polis, pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, pegawai bomba dan pegawai bomba bantuan, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pegawai kebajikan masyarakat, kerana proses selamatkan mangsa perlu latihan spesifik dan kepakaran yang mencukupi.

“Kuasa yang diberikan juga ialah masuk secara paksa ke dalam premis dan mana-mana bahagian premis yang berlaku cubaan bunuh diri. Oleh yang demikian pemilihan kuasa untuk menyelamat, diberi kepada institusi yang dinyatakan mengambil kira potensi untuk bertindak sebagai seorang pegawai krisis,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023, di sini hari ini.

Rang undang-undang yang dibentangkan pada 4 April lepas untuk bacaan kali pertama, diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Ramkarpal.

Ramkarpal turut menjelaskan perkataan tangkapan yang digunakan di bawah akta tersebut perlu diambil dalam konteks iaitu untuk menyelamatkan mangsa.

“Berkenaan penggunaan istilah tangkapan, seperti saya tekankan beberapa kali bahawa dalam konteks ini yang perlu kita ingat ialah penangkapan atau penahanan adalah dengan jelas merujuk kepada satu senario penyelamatan,” katanya.

Terdahulu, seramai 13 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang berkenaan.

Semalam, Dewan Rakyat turut meluluskan rang undang-undang berkaitan bunuh diri iaitu Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 (Akta 574) dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2023. — BERNAMA

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan