ARTIKEL

RWMF 2023 catat Malaysia Book of Records

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) melakar sejarah tersendiri selepas berjaya mencatat Malaysia Book of Records (MBR) untuk Pemain Alat Perkusi Terbanyak Dalam Festival Muzik.

Penyertaan seramai 2,763 pemain sepanjang tiga hari RWMF dilangsungkan sekali gus menjadi rekod terbaharu buat muzik festival di Malaysia.

Kejayaan hasil usaha Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) selaku penganjur festival dunia tersebut telah disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Operasi MBR, Christopher Wong.

Beliau hadir selaku wakil penyerahan sijil MBR bagi pemain perkusi teramai dalam muzik festival kepada pihak penganjur diwakili Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Majlis penyerahan sijil dilaksanakan di pekarangan pentas utama konsert RWMF, di sini, petang semalam.

“Ini merupakan rekod terbaharu dan kita harap RWMF dapat mencapai rekod baharu untuk sambutan festival pada tahun-tahun mendatang.

“Sebenarnya tiada rekod dicatatkan mengenai perkara (festival) ini sebelum ini dan kita hadir bagi mengenal pasti dan mengesahkan bahawa ia merupakan rekod terbaharu,” kata Christopher kepada pemberita pada majlis berkenaan.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada pihak STB selaku penganjur dan berharap mereka dapat meneruskan festival di masa akan datang.

Menurutnya, dengan catatan baharu rekod tersebut bukan sahaja mampu mempromosikan RWMF kepada negara Malaysia malahan kepada negara-negara di seluruh dunia.

“Untuk itu perlu ada kesedaran supaya RWMF merupakan sebahagian daripada acara ini dan kita harap ia dapat diteruskan serta memacu kepada kejayaan festival pada masa akan datang.

“Di samping itu diharapkan mereka dapat meneruskan festival ini sebagai platform mempromosikan Malaysia kepada seluruh dunia dan juga membawa tahap muzik festival ke peringkat bertaraf antarabangsa,” ujarnya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

BERITA TERBARU