ARTIKEL

RWMF: Tiada larangan pakaian asalkan tidak berbogel – Karim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiada etika pakaian spesifik ditetapkan kepada pengunjung Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2023 yang bakal berlangsung di Kampung Budaya Sarawak bermula 23 hingga 25 Jun ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pemakaian ke festival itu adalah bebas.

“Kita tidak ada sekatan ke atas etika pakaian, asalkan mereka (pengunjung) tidak berbogel,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan pelancaran RWMF 2023 di sini, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan festival pada tahun-tahun sebelum ini, sebahagian pengunjung akan memakai kemeja, dan ia adalah sesuai dengan konsert berkenaan.

Justeru, Karim berkata Sarawak bukan sahaja terbuka dengan penganjuran konsert atau festival muzik sedemikian malah mengalu-alukan mana-mana penganjur acara untuk membawa masuk acara di Sarawak.

“Misalnya tahun lepas kami membawa masuk DJ Soda, Alan Walker termasuk festival Sun Bear, yang turut dianjurkan dengan jayanya di sini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sudah pasti dalam mana-mana acara akan ada syaratnya namun di Sarawak, ia tidaklah begitu ketat berbanding di Semenanjung Malaysia.

“Di sini juga ada beberapa syarat untuk menjaga sensitiviti…misalnya jika mahu mengadakan acara menjelang Hari Raya atau Krismas, jadi kita kena hormat juga dengan hari tersebut.

“Jika ia diadakan pada hari perayaan agama tertentu sama ada untuk Kristian mahupun Islam, kita juga perlu memberitahu dan menghormati mereka,” katanya.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

BERITA TERBARU