Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

SABA batal penyertaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PERSATUAN Tinju Negeri Sarawak (SABA) membatalkan hasrat untuk menghantar petinju menyertai Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Sukma Age 2021 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara bermula dari 5 hingga 10 April depan. 

Presiden SABA, Datuk Rahman Lariwoo memberitahu, pihaknya bimbang kesihatan petinju ekoran situasi seluruh negara yang masih belum selamat kerana pandemik Covid-19. 

“Pada awalnya kita bercadang untuk menghantar petinju, tetapi terpaksa membatalkannya. 

“Kesihatan petinju menjadi keutamaan kami, apatah lagi situasi negara yang masih dihantui musibah pandemik Covid-19,” katanya kepada Arena Suara Sarawak semalam. 

Datuk Rahman berkata, kejohanan tersebut dilihat sebagai landasan terbaik untuk petinju meningkatkan prestasi masing-masing. 

Bagaimanapun, pihaknya tidak mahu menanggung risiko yang boleh menjejaskan persiapan pasukan. Beliau berkata, sesi latihan selain perlawanan sesama sendiri masih boleh dilaksanakan. “Tiada masalah bagi kita, walaupun tidak turut serta dalam kejohanan itu. Namun, latihan masih boleh dijalankan seperti biasa” jelas beliau lagi.

….Untuk  berita sukan lainnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 26 Mac 2021

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Majukan badminton

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia semalam menandatangani Perjanjian

Shereen gegar Amerika

ATLET olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di

Sambar emas ketiga

JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru