ARTIKEL

SABA sasar juara keseluruhan Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 78 petinju Sarawak akan berentap dalam Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan berpusat di Kubah Ria yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok.

Presiden Tinju Sarawak (SABA) Datuk Rahman Lariwoo berkata, temasya julung kali diadakan itu bakal menyaksikan lebih 30 kategori mengikut peringkat umur melibatkan petinju muda berusia 13 hingga 18 tahun.

BERSEDIA… Presiden SABA, Datuk Rahman Lariwoo ( tengah) bersama para petinju dalam sesi latihan terakhir menjelang Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan yang julung kali diadakan di Sarawak.

“Antara negeri-negeri yang telah mengesahkan penyertaan adalah Johor, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan manakala lain-lain negeri masih belum menyuarakan keputusan.

“Untuk tuan rumah, kita telah bersedia dengan 78 petinju masing-masing diwakili atlet dari Limbang, Sibu, Kapit, Sri Aman, Serian Asajaya dan Samarahan,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

BERLATIH… Para petinju Sarawak sedang berlatih di gelanggang tinju Kubah Ria.

Dalam perkembangan sama, Rahman mahu anak buahnya dapat memperagakan aksi terbaik sepanjang kejohanan sekali gus mengulangi pencapaian seperti kejohanan di Nilai, Januari lalu.

“Saya berharap mereka akan mengulangi pencapaian terbaik seperti penyertaan kontinjen kita di Nilai yang lalu dan sasaran kita semestinya untuk memenangi juara keseluruhan kejohanan,” tegas beliau.

Sementara itu, Rahman memberitahu hadiah berbentuk piala, medal dan wang tunai akan menanti setiap pemenang dalam setiap kategori dipertandingkan.

Tambahnya, dua piala istimewa turut disediakan mengikut kategori masing-masing iaitu petinju terbaik dan petinju berpotensi.

Dalam pada itu, beliau berharap kejohanan ini mampu dijadikan platform para petinju muda untuk meningkatkan diri dalam sukan tinju.

Dedahnya, setakat ini Sarawak mempunyai dua pelapis kebangsaan mewakili Malaysia.

“Saya percaya petinju kita hebat dan berharap pada masa akan datang akan muncul lagi seorang lagi Sapok Biki, iaitu legenda petinju Sarawak dengan pegangan rekod pada tahun 1998 sehingga sekarang belum lagi dapat dipecahkan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Selangor FC belasah NSFC, 4-0

KUALA LUMPUR: Selangor FC menjaringkan kesemua gol pada babak kedua untuk menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis

BERITA TERBARU

Kuching selamat, cantik, pintar

BANDAR raya yang cantik, bersih, tersusun, moden dan lengkap dengan segala kemudahan dan kelengkapan sentiasa menarik untuk dikunjungi. Bergantung pada sumber, senarai bandar raya yang