ARTIKEL

YAKIN... Datuk Rahman Lariwoo.

SABA yakin ‘Kilat Boy’ mampu cipta kejutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) yakin petinju profesional, Dealoniel Mcdelon Bong mampu mencipta kejutan ke atas petinju Bangladesh, Resatul Mahmud Sajin menerusi pertarungan yang akan berlangsung di Dhaka, Bangladesh pada 17 Februari ini.

Presiden SABA Datuk Rahman Lariwoo berkata, walaupun kelebihan kepada petinju tuan rumah yang beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Ia bukan alasan, malah Rahman percaya bintang berpengalaman kelahiran Sri Aman itu mempunyai kelebihan tersendiri.

Apatah lagi, petinju yang sinonim dengan panggilan ‘Kilat Boy’ yang gigih menjalani latihan setiap hari untuk menghadapi pertarungan itu nanti.

“Saya percaya dia (Kilat Boy) mampu mencipta kejutan ke atas Resatul Mahmud Sajin. Dengan kata lain, dapat menumbangkan petinju dari Bangladesh itu,” tegas Rahman kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Rahman, Mcdelon menerima undangan untuk menjayakan perlawanan tersebut.

Kedua-dua petinju terbabit akan bersaing dalam kategori Super Bantam Weight (6 Pusingan).

Perlawanan tersebut merupakan salah satu aksi yang penting walaupun tiada menjanjikan sebarang gelaran.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,