ARTIKEL

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima Surat Jemputan Rasmi untuk menghadiri Majlis Perasmian SUKMA XXI Sarawak daripada Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (tiga, kiri) ketika membuat kunjungan hormat di Menara Kinabalu hari ini. --fotoBERNAMA

Sabah hantar kontinjen terkuat ke SUKMA Sarawak – HAJIJI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Sabah akan menghantar kontinjen terkuat ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 Sarawak 2024 serta Para SUKMA, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata kontinjen Sabah dijangka memberikan saingan sengit kepada negeri-negeri lain termasuk tuan rumah Sarawak.

“Saya yakin penganjuran SUKMA kali ini adalah dengan baik kerana Sarawak boleh melakukan yang terbaik,” katanya dalam kenyataan selepas menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk SUKMA ke-21 Sarawak 2024 dan Para SUKMA ke-21 di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Deligasi jawatankuasa itu diketuai Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.

Selain memberi taklimat persiapan Sarawak, Abdul Karim turut menyerahkan surat jemputan rasmi kepada Hajiji untuk menghadiri majlis perasmian SUKMA ke-21 dan Para SUKMA ke-21 Sarawak 2024.

Sementara itu, dalam kenyataan sama Abdul Karim berkata edisi ke-21 temasya dwitahunan kebangsaan itu hanya tinggal 58 hari lagi dan segala persiapan sudah cukup teratur dengan penganjurannya melibatkan sembilan bahagian di Sarawak.

“Sabah merupakan negeri terakhir yang dikunjungi jawatankuasa ini selepas mengunjungi semua negeri termasuk Brunei Darussalam,” katanya.

SUKMA ke-21 Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara dan menghimpunkan 12,619 atlet serta pegawai. – BERNAMA

BERITA LAIN

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

Den Contruction rangkul gelaran juara futsal

KABONG: Pasukan Den Contruction dinobat sebagai juara pada Kejohanan Futsal Terbuka Kabong 2024. Kelab yang berpengkalan di Kuching itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum berjaya

BERITA TERBARU

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

TPM, menteri ucap Selamat Hari Sarawak

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Persekutuan antara yang mengucapkan Selamat Hari Sarawak yang disambut hari ini kepada seluruh rakyat