ARTIKEL

Sabah lonjak ke kedudukan ketiga,KL benam PDRM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sabah FC berjaya melonjak ke tangga ketiga Liga Super 2023 selepas menewaskan Selangor FC 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini.

Sabah mengumpul 20 mata hanya dipisahkan dua mata dengan Selangor (22 mata) di kedudukan kedua dan Johor Darul Ta’zim selaku pendahulu liga (27 mata), tenang memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri selepas membuka tirai jaringan pada minit ke-24 melalui sepakan penalti Saddil Ramdani.

Kedua-dua pasukan masing-masing kemudian cuba mengatur serangan namun gagal menembusi gawang gol pasukan lawan sehingga wisel separuh masa ditiup.

Bersambung babak kedua, Selangor selaku pelawat tidak menunggu lama untuk merapatkan jurang apabila Mohamad Faisal Abdul Halim berjaya menewaskan penjaga gol Sabah menerusi sepakan kencang luar kawasan kotak penalti pada minit ke-51.

Permainan kian rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sebelum kapten pasukan Sabah Baddrol Bakhtiar menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-66 dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Kuala Lumpur (KL) City FC turut memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri selepas menewaskan PDRM FC 3-0 pada perlawanan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Tiga gol tanpa berbalas dihasilkan skuad City Boys menerusi Romel Morales pada minit ke-14, Paulo Josue (minit ke-26) dan Kipre Tchetche (minit ke-87) sudah memadai buat skuad itu membawa pulang tiga mata penuh.

Sementara itu, hasrat Kuching City FC untuk menamatkan kemarau kekalahan pasukan selepas mengharungi 10 perlawanan liga terbantut selepas tewas di tangan Penang FC 1-2 pada aksi di Stadium Bandaraya, Georgetown.

Kuching City membuka tirai jaringan menerusi Abu Razard Kamara seawal minit ke-14 sebelum dibalas dua gol tuan rumah menerusi Khairul Akmal Rokisham pada minit ke-45 dan Soony Saad pada minit ke-51.-BERNAMA

BERITA LAIN

Dominator JR FT terbaik, semakin digeruni

KUCHING: Skuad Dominator JR FT kini antara pendatang baharu yang semakin digeruni keedibiliti mereka di pentas saingan bola sepak lima sebelah atau lebih dikenali sebagai

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri

Skuad B-16 Malaysia belasah Timor-Leste, 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C

BERITA TERBARU

Warga emas ditemui lemas di Tasik Biru

MELAKA: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan

Rangka manusia ditemui dalam semak kebun durian

BATU PAHAT: Rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, dekat sini, adalah milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar