ARTIKEL

Kredit Foto: Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu

Sabah pandang serius kes keganasan babitkan pelajar sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA KINABALU, Sabah: Kerajaan Negeri Sabah memandang serius kes keganasan membabitkan seorang pelajar lelaki yang ditemukan maut di bilik asrama Kolej Vokasional Lahad Datu pada Jumaat lepas.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan, berkata perkara sedemikian dapat dielak sekiranya pelajar dan penghuni asrama mempunyai disiplin dan semangat toleransi tinggi selain melaporkan segera sebarang perselisihan faham dalam kalangan penghuni asrama.

“Ini penting agar insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Lahad Datu tidak berulang pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fairuz berkata pihak sekolah serta Jabatan Pendidikan Sabah perlu memberi perhatian kepada kes buli fizikal yang dilaporkan berlaku di sekolah menengah di negeri itu.

“Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan juga diminta memastikan tindakan disiplin diambil terhadap pelajar yang bersalah serta tidak berkompromi dengan salah laku buli dan keganasan melibatkan pelajar sekolah,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemukan tidak bernyawa dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam di atas lantai bilik asrama kolej vokasional itu pada pukul 6.50 pagi. – BERNAMA

BERITA LAIN

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU