Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Sabah, Sarawak tidak harus ketinggalan dalam program Kementerian Belia dan Sukan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
KERJASAMA…Abdul Karim mengharapkan kerjasama dari Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk menganjurkan pelbagai program belia dan sukan di Sabah dan Sarawak.
KERJASAMA…Abdul Karim mengharapkan kerjasama dari Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk menganjurkan pelbagai program belia dan sukan di Sabah dan Sarawak.

KUCHING: Dua negeri Borneo, Sabah dan Sarawak tidak harus ketinggalan dari segi aktiviti mahupun program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Justeru Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Hannah Yeoh tidak terlalu menumpu program di Semenanjung Malaysia sahaja.

“Kita ada dua negeri besar, Sabah dan Sarawak, datang ke sini dan melawat kita.

“Anda (Hannah Yeoh) dialu-alukan untuk datang ke Sarawak. Hasilkan pelbagai aktiviti untuk kami juga,” katanya ketika mengenai kerjasama bersama Hannah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Saberkas ke-55, di sini hari ini.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Seni Persembahan dan Industri Kreatif turut mengucapkan tahniah kepada Hannah atas pelantikan beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Katanya, kita dapat melihat beliau adalah seorang yang diterima oleh masyarakat sama ada belia mahupun orang tua

“Hannah seorang yang individu yang berpengalaman, pernah menjadi Speaker bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Ahli Parlimen yang mempunyai majoriti terbesar pada Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini,” ujarnya.

Hannah, 43, dilantik menerajui Kementerian Belia dan Sukan di bawah Kerajaan Perpaduan yang diumumkan oleh  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Segambut tersebut merupakan wanita kedua menggalas jawatan tersebut yang pernah dijawat oleh Datuk Azalina Othman Said yang juga Ahli Parlimen Pengerang.

Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru