Sabati agih pelitup muka

KUCHING: Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (Sabati) Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang semalam mengagihkan hampir 50,000 pelitup muka kepada 21 badan bukan kerajaan dan rumah kebajikan di Sarawak.

Katanya, meskipun rakyat Sarawak semakin biasa dengan kelaziman baharu seperti memakai pelitup muka, sanitasi tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal namun golongan yang terjejas dari segi kewangan dalam pembelian barangan tersebut tidak harus dilupakan.

Beliau juga mengambil kesempatan menghargai semua barisan hadapan yang menyumbang tenaga semasa pandemik Covid-19.

Beliau turut memberi jaminan yang Sabati akan terus menyumbang kepada golongan kurang bernasib baik di Sarawak.

Antara penerima semalam ialah Rumah Cheshire Sarawak, Hum Nan Siang Tng Sarawak, Rumah Lelaki Salvation Army, Rumah Perempuan Salvation Army, Pink Ribbon Sarawak, Peryatim Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, Hospital Umum Sarawak, Pusat Jantung Sarawak, Hospital Sentosa, Persatuan Autistik Kuching, Rumah Seri Kenangan Kuching, Taman Seri Puteri Kuching, Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching serta Puspen.

Timbalan Presiden Sabati Datuk Doreen Mayang, Naib Presiden Sabati Datin Dr Zaliha Abdullah, Setiausaha Agung Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin, Bendahari Agung Datin Seri Loreta Sawot, Datin Seri Enn Ong Siok Ean dan Datin Dorothy Sylvester Pungga turut hadir.

Suara Sarawak