Sabati sumbang mesin dialisis di Hospital Lawas

LAWAS: Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (Sabati) menyumbangkan satu mesin dialisis dan satu mesin dialisis pemprosesan semula kepada Hospital Lawas, semalam.

Menurut kenyataan media Sabati, mesin itu boleh membantu rawatan pesakit buah pinggang yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.

“Sumbangan hari ini, dibuat sebagai hasil kerjasama antara SABATI dan SEB yang telah berjaya mendapatkan dana untuk pembelian mesin berkenaan.

“Sebagai organisasi amal, kita beroperasi berdasarkan kepada dana yang diterima daripada sektor awam dan swasta mengalu-alukan kolaborasi sebagai sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) yang
dianjurkan oleh sektor swasta,” katanya.

Tambah beliau, penambahan mesin itu diharap memberi manfaat kepada pesakit di hospital berkenaan.

Jelasnya, Sabati telah membantu pesakit yang memerlukan bantuan selama lebih dari 30 tahun.

Pada awal penubuhan Sabati adalah memberi tumpuan untuk membantu pesakit muda yang memerlukan pembedahan jantung segera untuk terbang ke Kuala Lumpur atau Singapura bersama ibu bapa atau penjaga kerana ketika itu Sarawak tidak mempunyai pakar bedah jantung pediatrik.

Usaha oleh Sabati membawa kepada penubuhan Yayasan Jantung Sarawak di 1996.

Selepas ini, SABATI terus mengumpulkan dana untuk menderma khas atau peralatan yang terkini atau unit peralatan perubatan tambahan Hospital Umum Sarawak (HUS) dan hospital lain di negeri ini.

Kedua-dua buah mesin berkenaan telah diserahkan oleh wakil Presiden Sabati Datuk Dayang Morliah.

penyerahan mesin dialisis oleh Datuk Dayang Morliah

 

Lawatan pesakit buah pinggang di Hospital Lawas.