ARTIKEL

SABC jalin kerjasama dengan Australia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Perniagaan Sarawak Australia (SABC) mengambil peluang menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Perniagaan Australia Malaysia (AMBC) Victoria, semalam.

Presiden SABC Rodger Chan Siong Boh berkata, perjanjian MoU tersebut dimenterai semasa dewan itu menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN Australia di Melbourne.

“MoU ini bertujuan untuk memudahkan kerjasama antara kedua-dua dewan untuk meningkatkan perdagangan dan hubungan antara Sarawak dan Victoria, Australia,” katanya dalam satu kenyataan.

Hadir pada pertukaran MoU itu ialah Duta Khas Kerajaan Australia untuk Asia Tenggara, Nicholas Moore.

Moore mengetuai Strategi Ekonomi Asia Tenggara Kerajaan Australia ke 2040.

Turut hadir pada pertukaran MOU ialah Presiden AMBC Victoria, Nathanael Kitingan; Presiden Malaysia Australia Business Council (MABC), Datuk Peter Tan; Naib Presiden SABC, Henry Chuo dan Ahli Lembaga Eksekutif AMBC Victoria, David Klingberg.

SABC yang diketuai oleh Rodger Chan turut mengadakan perbincangan dengan Menteri Pembangunan Ekonomi dan Bendahari Victoria, Tim Hugh Pallas.

SABC pada masa sama menyampaikan cenderahati dari Sarawak dan menjemput Tim Hugh melawat Sarawak.

Pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN Australia, SABC turut bertemu dengan beberapa menteri Australia termasuk Menteri Perdagangan dan Pelancongan untuk Australia, Senator Hon Don Farrell dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan untuk Australia, Senator Hon Murray Watt.

BERITA LAIN

Jadikan Pesta Makanan Miri sebagai acara tahunan

MIRI: ADUN Senadin Datuk Seri Lee Kim Shin mencadangakan agar Pesta Makanan Miri 2024, dijadikan sebagai acara tahunan untuk mempamerkan kepelbagaian serta keunikan makanan tempatan.

BERITA TERBARU