Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Saberkas komited anjurkan pelbagai aktiviti untuk belia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERBASIKAL… Abdul Karim dan Aidel turut menyertai Kayuhan Santai Amal Saberkas di Sadong Jaya.
BERBASIKAL… Abdul Karim dan Aidel turut menyertai Kayuhan Santai Amal Saberkas di Sadong Jaya.

SADONG JAYA: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) terus komited menganjurkan pelbagai aktiviti melibatkan golongan belia sempena sambutan jubli emas tahun ini.

Presiden Saberkas Negeri Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan Saberkas dan penganjuran program secara besar-besaran akan diadakan.

Menurutnya, pelbagai cabaran dan liku-liku telah dilalui dalam tempoh tersebut oleh pertubuhan tersebut untuk memastikan ia kekal sehingga hari ini.

“Justeru, dari awal bulan ini hingga tarikh yang akan ditetapkan pertengahan tahun nanti, kita akan mengatur program setiap minggu sempena sambutan jubli emas Saberkas atau ulang tahun ke-50.

“Kita juga sudah mengatur kira-kira 727 program termasuk sosial, rekreasi, kebajikan, pendidikan, latihan, kepimpinan, ekonomi, keusahawanan dan sebagainya,” kata beliau sempena perasmian Kayuhan Santai Amal Saberkas di Rumah Komuniti, Sadong Jaya, di sini, hari ini.

Tambahnya, program mingguan tersebut bukan hanya diadakan di Cawangan Saberkas Sadong Jaya, tetapi di seluruh pelosok negeri Sarawak.

“Kita bangga mampu mencapai usia 50 tahun penubuhan Saberkas, sebagai badan belia yang terbesar di Sarawak serta boleh kita anggap sebagai antara yang terbesar di Malaysia.

“Pada masa sama, kita juga akan sentiasa melaksanakan tanggungjawab untuk memimpin belia menjadi insan yang dapat menabur bakti kepada masyarakat, negeri dan juga negara,” ujarnya.

BERUCAP… Abdul Karim ketika menghadiri perasmian Kayuhan Santai Amal Saberkas di Rumah Komuniti, Sadong Jaya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru