ARTIKEL

A villager holds his rooster before a cockfight at a local fair at Katekalyan in Dantewada district in India's Chhattisgarh state on April 16, 2024. (Photo by Idrees MOHAMMED / AFP)

Sabung ayam popular di perkampungan hutan India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KATEKALYAN: Pertandingan sabung ayam dilihat sebagai kejam oleh ramai pihak, tetapi berbeza pula dengan masyarakat hutan India.

India terkenal dengan kriket, namun di negeri tengah Chhattisgarh, sabung ayam menarik perhatian penduduk di situ.

“Sebelum ini tiada hiburan lain dan sabung ayam membantu kami bertemu orang dari kampung lain,” kata Raju kepada AFP, yang mempunyai kemahiran dalam menternak ayam sabung, menjadikannya seperti seorang selebriti tempatan,

“Walaupun banyak perubahan di sekeliling kami hari ini, sukan ini masih sangat popular,” tambah lelaki berusia 32 tahun itu.

Hutan Bastar merupakan rumah kediaman kepada banyak komuniti suku yang tinggal di kampung yang bertaburan.

India membelanjakan jutaan dolar ke dalam pembangunan infrastruktur dan jalan raya baharu serta menara telefon mudah alih yang membawa penduduk hutan itu lebih dekat dengan dunia luar.

Bentuk muka bumi yang sukar dan jarak sangat jauh antara kampung di daerah Bastar yang terpencil itu bukan halangan untuk kampung-kampung ini berinteraksi antara satu sama lain.

Apabila tiba tarikh untuk pertandingan sabung ayam, beratus-ratus lelaki berjalan jauh merentasi sungai, melalui kawasan belukar tebal dan bukit untuk mendapatkan pemandangan tepi gelanggang.

“Pekerjaan saya hanya menganjurkan sabung ayam, menternak ayam jantan dan membuat pertaruhan,” kata Bhagat, 35, dari Kampung Katekalyan kepada.

BERITA LAIN

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri