Trending

Sadong Jaya menyaksikan pertembungan empat penjuru

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SADONG JAYA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya akan menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12).

Penyandang yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Ir Aidel Lariwoo, 49 menerima tiga tentangan iaitu Piee Ling, 56 dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nur Khairunisa Abdullah, 42 dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Jol @ Jolhi Bee, 53 dari calon Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Pengesahan pertembungan empat calon terbabit diumumkan oleh Pegawai Pengurus SPR, Sanuyah Mohammad tepat jam 10.55 pagi tadi di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya sebaik berakhir tempoh bantahan.

Pada proses penamaan calon berkenaan, semua calon yang hadir jelas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Calon GPS Ir Aidel Lariwoo tiba di Pusat penamaan calon bersama Lachak Sobeng (Pencadang) dan Salleh Kemis (Penyokong) pada jam 7.55 pagi diikuti Nur Khairunisa Abdullah bersama pencadang (Aminah Ismail) dan penyokong (Iskandar Othman) yang tiba tepat jam 8.10 pagi.

Manakala, Piee Ling tiba bersama Kassin Jana (Pencadang) dan Mohd. Fauzee Sapiee (Penyokong) pada jam 8.42 pagi.

Selain itu, Jol@Jolhi Bee dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) tiba bersama Sapiee Malie (Pencadang) dan Mazlan Jemat (Penyokong) pada jam 9.04 pagi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

PBK bawa politik murahan

BETONG: Membangkitkan dakwaan tentang kemungkinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru