ARTIKEL

Safawi, Akhyar sah bersama TFC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA TERENGGANU: Impian penyokong pasukan Terengganu FC (TFC) untuk melihat dua bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi bersama skuad Penyu menjadi kenyataan.

Ia susulan pengumuman TFC mengesahkan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid bakal menyertai pasukan itu secara pinjaman selama setahun pada musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas berkata kehadiran dua pemain Harimau Malaya itu diharap mampu memperkuat jentera TFC bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) yang panjang.

Beliau berkata kedua-dua pemain tersebut memiliki pengalaman luas beraksi bukan sahaja di peringkat tempatan malahan turut menyerlah di peringkat antarabangsa.

“Peminat bola sepak Terengganu sudah lama menantikan kehadiran dua bintang ini yang memiliki kehebatan dan reputasinya tersendiri.

“Alhamdulillah, semua urusan pinjaman dua pemain ini telah selesai dan mereka bakal menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, Safawi yang akan bermain di posisi sayap dan tengah bakal menyarung jersi bernombor 11 manakala jersi bernombor 33 akan disarung Akhyar yang bakal mengemudi bahagian sayap TFC.

Safawi memulakan karier bola sepak secara profesional bersama T-Team pada 2014 hingga 2016 sebelum berhijrah ke JDT pada 2017.

Pada 2020, pemain berusia 27 tahun itu dipinjamkan ke kelab Portimonense S.C di Portugal dan Rachaburi FC, Thailand pada 2023.

Manakala, Akhyar pula memulakan kerjayanya bersama pasukan Kedah pada 2017 sebelum terbang ke selatan untuk bersama JDT pada 2019.

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU