Safiq Rahim kembali sarung jersi JDT

BEKAS ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim, 34, kembali menyertai pasukan Harimau Selatan untuk mengharungi kempen 2021.

Bekas kapten Malaysia itu, pernah menyertai JDT pada 2014 pinga 2018 dengan lima gelaran Liga Super, dan Piala AFC pada 2015.

Kini JDT, tampil dengan misi kelapan bersama-sama Safiq.

Menerusi komen ringkas pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram Johor Southern Tigers (JST), mengakui kemunculan Safiq yang sinonim dengan jersi nombor 8 itu adalah kerana misi kelapan JDT iaitu mempertahankan trofi Liga Super buat musim kelapan berturut-turut.

“Selamat pulang SR8 (Safiq Rahim 8). 8 untuk misi ke-8” tulisnya kepada bekas tonggak utama skuad kebangsaan itu yang cukup berpengaruh dalam pasukan.

Sebelum ini Safiq menyertai Melaka United, selepas meninggalkan JDT pada 2019.

Pengalaman luas Safiq pastinya amat penting buat JDT, terutama dalam menhadapi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Kehadiran Safiq pasti akan menambahkan lagi kekuatan JDT yang sebelum ini, menambat penyerang Malaysia, Sumareh.

Suara Sarawak