Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Safri gembira keserasian pemain meningkat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
SEMAKIN SERASI...Pemain SU FC II bersemangat ketika sesi latihan. - FOTO GHAZALI BUJANG
SEMAKIN SERASI…Pemain SU FC II bersemangat ketika sesi latihan. – FOTO GHAZALI BUJANG

KUCHING: Ketua jurulatih Sarawak United FC II (SU FC II), Safri Amit gembira melihat peningkatan prestasi dalam kalangan anak-anak buahnya setakat ini.

Menurutnya, perubahan tersebut amat ketara dengan mengambil kira apa yang telah ditunjukkan oleh pemain pada dua perlawanan yang telah dilalui.

“Berlaku peningkatan yang ketara dari segi persefahaman dikalangan pemain ketika ini.

“Ia satu perkembangan positif untuk kami mengharungi baki perlawanan yang ada selepas ini,” ujar Safri kepada Arena Suara Sarawak.

Skuad SU FC II masih lagi kekal dengan rekod tanpa kalah selepas mengharungi dua perlawanan setakat ini.

Skuad SU FC II juga berjaya mengatasi Kuching City FC II (KC FC II) dengan jaringan (3-0) pada aksi buka tirai disusuli keputusan seri (1-1) menentang Sabah FC pada aksi kedua.

Sehubungan itu, Safri berharap anak-anak buahnya dapat mengekalkan momentum tersebut.

Ini kerana barisan pemain skuad pelapis itu akan menentang UiTM FC di gelanggang lawan pada 17 Mac ini.

“Diharap keserasian yang semakin memuncak dengan semangat yang ada dalam diri pemain akan menjadi cetusan untuk memburu kemenangan seterusnya nanti,” tambah Safri lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru