Saingan antara kelab Sarawak ditunda

KEJOHANAN Bola Antara Kelab Sarawak yang dijadual berlangsung tahun ini ditunda penganjuran ke tahun depan.

Perubahan untuk pengelolaan kejohanan anjuran badan induk, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) disebabkan penularan virus Covid-19.

Presiden FAS, Datuk Posa Majais berkata, pihaknya terpaksa menganjak tarikh kejohanan terbabit disebabkan penularan virus Covid-19.

“Kami terpaksa menunda kejohanan ini ke tahun depan kerana masalah penularan virus Covid-19 yang tidak dapat dielakkan. “Ia akan dilangsungkan pada tahun depan (2021) akan tetapi pihak kita juga akan mencari tarikh yang sesuai,” katanya kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Kejohanan terbabit dianjur bakal menghimpunkan pasukan berstatus kelab handalan seluruh negeri ini.

Beliau berkata, objektif penganjuran sebagai pentas pemain dari kelab terlibat mengetengahkan bakat masing-masing.

Selain itu katanya, pihaknya mengenal pasti pemain berbakat untuk diketengahkan keperingkat lebih tinggi. “Kejohanan ini antara yang terbaharu diperkenalkan selain Piala Sarawak,” tambahnya.

Suara Sarawak