ARTIKEL

JADI TUMPUAN...Kejohanan yang bakal berlangsung di Miri

Saingan berlangsung Disember depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bandar raya Miri akan menjadi tumpuan peminat sukan sepak takraw dengan berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw Piala Awang Mahyan Cafe Edisi Ke-4.

Kejohanan terbabit terbahagi kepada dua kategori, regu terbuka dan regu veteran (45 tahun ke atas).

Pengerusi Kejohanan, Abdul Hamid Sulaiman memberitahu, kejohanan terbabit akan berlangsung dari 16 hingga 17 Disember depan.

Menurut Hamid, Dewan Permaisuri, Permyjaya, Miri merupakan gelanggang untuk dua hari kejohanan itu berlangsung.

“Kita menghadkan penyertaan 32 regu bagi kategori regu terbuka. Berbanding hanya 10 regu sahaja untuk kategori regu veteran,” ujar Hamid.

Katanya, menariknya kejohanan anjuran Awang Mahyan Cafe dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Bahagian Miri itu ialah terdapat tiga regu jemputan dari negara jiran, Brunei Darussalam.

“Sambutan amat memberangsangkan diterima setakat ini, kita percaya saingan dijangka sengit kerana difahamkan regu terlibat menyenaraikan pemain berpengalaman,” tambah beliau lagi.

BERITA LAIN

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan

BERITA TERBARU