ARTIKEL

Saingan dijangka terus sengit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Saingan Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) 2021 Zon Samarahan kembali bersambung esok (Sabtu).

Setentunya tumpuan terarah kepada kelibat pemain dari beberapa regu pilihan membabitkan kumpulan berbeza.

Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Samarahan (SDTA), Naser Ramli memberitahu, pihaknya menjangkakan aski lebih sengit terus berlaku sepanjang berlangsung kesemua perlawanan mengikut jadual ditetapkan.

“Regu yang berjaya meraih kemenangan pada minggu lepas setentunya akan cuba mengekal momentum cemerlang mereka.

“Justeru, pasti aksi terbaik bakal diperaga para pemain dalam usaha memastikan pemburuan mata seterusnya,” ujar Naser kepada Arena Suara Sarawak.

Sebanyak 12 perlawanan akan dilangsungkan sepanjang hari ini di Stadium Tertutup Samarahan bermula seawal pagi hingga ke petang.

Ia membabitkan kesemua 24 regu yang dibahagi kepada enam kumpulan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU