Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Saingan empat penjuru di Dun Padungan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Empat calon yang bertanding untuk kerusi Dun Padungan

KUCHING: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan bakal menyaksikan saingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

Ia melibatkan calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Wee Hong Seng, 59, Pengerusi DAP, Chong Chieng Jen, 50, Presiden Aspirasi, Lina Soo, 62 dan Parti Bumi Kenyalang (PBK), Raymond Thong, 62.

Ahli Kimia Kanan Latihan dan Pemaju Hartanah, Raymond Thong, calon yang pertama hadir ke pusat penamaan calon di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada jam 8 pagi ditemani penyokong, Chong Chik Kiang dan pencadang, Lim Beng Hua.

Diikuti, Wee yang hadir ke pusat penamaan calon pada jam 8.16 pagi didampingi pencadang, Tay Yu Siang dan penyokong, Dr Shajahan Sayed Ahmad.

Pada jam 8.23 pagi, calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak, Lina Soo tiba diiringi pencadang, Weenie Chua dan penyokong, Robert Ng untuk menyerahkan kertas penamaan calon.

Calon DAP, Chong Chien Jen turut hadir bersama pencadang, Chan Khong Gin dan penyokong, Jong Yee Hung lengkap menggunakan pakaian rasmi parti tersebut sekitar jam 8.30 pagi.

Pada PRN-11, Dun Padungan dimenangi calon DAP, Wong King Wei dengan majoriti 4,270 undian menewaskan calon STAR (Aspirasi), Teo Kuang Kim dan calon BN, Pau Kiu Sung.

Namun, beliau telah menarik diri daripada parti DAP dan kedudukannya diambil alih oleh penyandang Dun Padungan yang terkini, Chien Jen.

Dalam pada itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Padungan, Theresa Korina Peter memberitahu keempat-empat kertas penamaan calon diterima dan tiada calon ditolak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru