ARTIKEL

PENGERUSI...Busmani Drahman.

Saingan kejohanan badminton Asajaya mula bulan depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Kejohanan Badminton Piala Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah Edisi kelima kembali menemui peminatnya.

Acara tahunan Kelab Badminton Kampung Tambay, Asajaya itu akan bermula dari 20 hingga 25 Februari depan .

Pengerusi Kejohanan, Busmani Drahman memberitahu, ia terbuka kepada pasukan berminat dari sekitar kawasan Kota Samarahan.

“Kejohanan ini terbuka kepada pasukan di sekitar Kota Samarahan dan dari Kuching atas tiket jemputan,” ujar Busmani kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya, sasaran penyertaan adalah terhad kepada 64 pasukan sahaja dan sebarang pertanyaan lanjut lanjut boleh menghubungi beliau di talian 014-8895441.

Sambil itu, beliau menyatakan kejohanan enam hari akan berlangsung di Dewan Rahman Hamzah, Kampung Tambay, Asajaya.

“Hadiah menarik menanti tiga kelompok pasukan terbaik dengan juara akan menerima wang tunai RM1,000 beserta piala

“Manakala, naib juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM700 termasuk piala. Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir, masing-masing akan menerima wang tunai RM400 dan piala selaku pemenang tempat ketiga bersama,” jelasnya.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU