ARTIKEL

Sains kognitif ilmu kaji minda dan otak manusia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SECARA umum, masih ramai tidak mengetahui wujudnya satu cabang ilmu yang dikenali sebagai ilmu sains kognitif.

Sains kognitif merupakan bidang multidisiplin yang memfokuskan kepada kajian minda dan otak manusia.

Ia juga berkaitan bagaimana minda seseorang memanipulasi pengetahuan dan bagaimana ia memproses sesuatu pengetahuan supaya dapat direalisasikan di dalam otak.

Secara umumnya, ilmu ini dipecahkan kepada enam cabang utama.

Antara ilmu yang dipelajari dalam bidang sains kognitif ini ialah ilmu linguistik, neurosains, kecerdasan buatan (AI), antropologi, psikologi dan ilmu falsafah. Sejarah awal perkembangan ilmu ini bermula pada pertengahan 1950.

Ilmu ini diperkenalkan apabila sekelompok pemikir antarabangsa mula mengaplikasikan idea dari teori pengiraan ke dalam penjelasan sainstifi k tentang pemikiran manusia.

Salah satu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah awal berkaitan pengenalan kepada ilmu ini ialah penubuhan Darthmouth Summer Research Project on Artifi cial Intelligence pada 1956.

Perjumpaan ini menghimpunkan banyak tokoh terkenal dalam bidang ini, termasuk Marvin Minsky.

Pada 1960 dan 1970, ilmu ini terus menerus berkembang, malah subbidang baru mula muncul dari ilmu ini antaranya ilmu berkaitan psikologi, neurosains dan antropologi.

Subbidang atau multidisiplin yang terdapat dalam ilmu sains kognitif ini mempunyai kegunaannya masing-masing supaya manusia dapat menerapkan ilmu ini ke dalam kehidupan sebenar.

BERGUNA

Untuk pengetahuan umum juga, subbidang dalam sains kognitif ini amat berguna kepada penggunanya.

Hal ini kerana dalam menempuh era serba-serbi menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian ini, ilmu sains kognitif ini sangat sesuai dengan kehidupan manusia pada masa kini.

Sebagai contoh yang kita dapat ambil ialah penggunaan kecerdasan buatan (AI) era ini sangat popular dalam kalangan pelajar mahupun pekerja.

Bagi seseorang yang sudah terdedah dengan penggunaan AI atau ilmu AI, mereka lebih mudah memahami cara penggunaannya dengan betul dan baik.

Selain itu, dengan mempelajarai ilmu sains kognitif ini, kita juga dapat belajar cara menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

Hal ini disokong kuat dengan teori yang dipelajari dalam sains kognitif iaitu teori berkaitan pemecahan masalah.

Teori ini berkaitan bagaimana seseorang berdepan masalah dihadapi dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan keadaan sekeliling dan situasi semasa.

Secara tidak langsung, seseorang mampu meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri dan juga mampu dijadikan teladan baik untuk masyarakat yang berada di sekelilingnya.

Seseorang yang belajar bidang sains kognitif ini, mampu membaca keadaan sekeliling dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi orang sekelilingnya secara lebih matang tanpa mengambil sebarang risiko yang menyebabkan masalah timbul berulang.

PROSES KOMUNIKASI

Selain itu juga, dalam ilmu sains kognitif ini, terdapat juga bidang lingustik.

Bidang lingustik berkaitan ilmu bagaimana sesuatu perkataan atau kaedah percakapan itu boleh wujud.

Ia juga berkaitan dengan ilmu kaedah pembinaan ayat, bagaimana bentuk bunyi untuk setiap perkataan dan bagaimana bahasa dihasilkan.

Namun, semua yang dipelajari dalam bidang lingustik ini bertujuan melihat bagaimana otak dan minda seseorang berfungsi memproses bahasa atau ayat yang dikeluarkan melalui proses komunikasi.

Secara amnya ini menunjukkan setiap yang dipelajari dalam bidang sains kognitif ini sentiasa berkait rapat dengan minda dan otak manusia untuk berfi kir dan melihat bagaimana seseorang bertindak balas.

CABARAN Namun, terdapat juga pelbagai cabaran yang dihadapi, lebih-lebih lagi cabaran kepada para pensyarah atau tenaga pengajar yang mengajar ilmu ini.

Menurut pensyarah Unimas, Dr Nurul Hanim, cabaran paling besar yang dihadapi beliau semasa menyampaikan ilmu ini kepada pelajarnya ialah menerangkan kepelbagaian ilmu sains kognitif.

Ini kerana bidang ini mempunyai pelbagai multidisiplin dalam satu bidang.

Beliau juga berkata, menjadi cabaran menjelaskan pelbagai proses kognitif, persepsi mental dan pemahaman ilmu tersebut kepada pelajar dan masyarakat kerana menurut beliau, terma sains kognitif ini sukar difahami ramai orang.

Bertentangan dengan itu, beliau juga berharap bidang sains kognitif ini terutama dalam bidang yang besar seperti neurosains, kecerdasan buatan (AI) dan kognitif psikologi akan menjadi sesuatu yang amat dekat dengan masyarakat dan dapat diaplikasi terutama untuk mereka yang mempelajari ilmu sains kognitif.

Selain itu, beliau juga berharap masyarakat atau mereka yang berada dalam bidang industri dapat memahami dengan jelas terma sains kognitif ini.

Beliau berpesan, masyarakat perlu meletakkan bidang sains kognitif sebagai pilihan.

Ilmu ini memberi potensi besar dan dapat membuka ruang serta peluang untuk penuntut bidang ini mempelajari pelbagai ilmu baharu.

Beliau berkata, “sekiranya kita ada pelbagai multidisiplin dalam satu bidang, kita akan dapat memilih hal yang lebih dekat dengan kita untuk laluan kerjaya kita pada masa depan.”

Hal ini mampu menjadi asbab untuk masyarakat mempelajari dan mendalami ilmu sains kognitif ini.

BERITA LAIN

Perbincangan meja bulat

MESYUARAT Lembaga Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) kali ke-23 berjaya diadakan di Bilik Seminar Mulu, Raia Hotel, Kuching, pada 5 Jun lalu. Mesyuarat dipengerusikan

Derma darah bergerak

Faktor yang paling penting, ia membantu memberikan manfaat kesihatan kepada penderma.  Derma darah dapat membantu menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta kanser. 

Pastikan bekalan darah mencukupi

Setiap tahun pada 14 Jun, Hari Derma Darah Sedunia diraikan untuk meningkatkan kesedaran menderma darah dan tanda penghargaan kepada para penderma. Melalui aktiviti derma darah,

Norma baharu pembelajaran

“Ia bukan sahaja menandakan pencapaian akademik, tetapi juga pertumbuhan peribadi dan transformasi.   Sepanjang tempoh mereka di Kolej Cyberjaya Kuching, para graduan berdepan impak kemelut krisis

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC