ARTIKEL

RASMI...Kenyataan rasmi dikeluarkan Sains Information Sdn Bhd

SAINS, SNT tidak lagi bekerja sama dengan dBazzar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan dBazzar Sdn Bhd (DBSB) memungkiri janji yang dimeterai bersama Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS) dan SiliconNet Technologies Sdn Bhd (SNT) menyebabkan SAINS tidak lagi meneruskan kerjasama dengan badan terbabit pada awal tahun ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh SAINS dengan mengeluarkan satu kenyataan rasmi hari ini.

Menurut kenyataan itu, perjanjian terdahulu membabitkan kerjasama dalam perniagaan eCommerce dikenali sebagai dBazzar yang dimeterai pada April 2021.

Menerusi perjanjian, SAINS bertanggungjawab untuk menyediakan permohonan perkhidmatan pengehosan dan sokongan teknikal.

Manakala SNT menyediakan SPayGlobal sebagai pembayaran eksklusif untuk permohonan talian berdasarkan platform e-commerce yang dimiliki DBSB dikenali sebagai dBazzar.com.

“Perjanjian yang telah disebutkan di atas telah dilanggar oleh DBSB pada suku ketiga 2023,” kata kenyataan itu.

Sementara tindakan SAINS melepaskan saham dalam DBSB dan menamatkan pembayaran SPayGlobal pada September 2023.

Akibat penamatan perjanjian tersebut, kenyataan itu mengumumkan SAINS dan SNT tidak lagi mempunyai apa-apa kewajipan undang-undang, kewangan, atau sebarang bentuk penglibatan bersama DBSB.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bejimat pulai ke menua maya pemisi Gawai

KOTA SAMARAHAN: Sepenyampau 66 ketapu pengelikun udah disua ngagai mensia mayuh nyengkaum ketapu pengelikun ungkup nembiak mit ba jalai Palan Bedaja Kaunsil Mengeri Kota Samarahan