ARTIKEL

Saintis Singapura dialu-alukan bekerjasama dalam sektor biodiversiti di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mengalu-alukan saintis dan penyelidik Singapura untuk bekerjasama dalam sektor biodiversiti kerana negeri ini mempunyai banyak sumber asli, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata Sarawak kaya dengan sumber yang kaya dan bahan biodiversiti tetapi ia belum diterokai.

“Walaupun kita mempunyai saintis tetapi kami masih kurang, tetapi Singapura mempunyai kelebihan yang berkaitan biodiversiti.

“Para saintis dan penyelidik Singapura boleh datang ke Sarawak dan menubuhkan penyelidikan dengan Majlis Biodiversiti Sarawak dan apabila mereka memperoleh apa-apa penemuan, kita boleh memanfaatkan penemuan ini,” katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Persekutuan Perniagaan Sarawak dan Gala Nite di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Negara Kanan Singapura, Chee Hong Tat dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.– BERNAMA

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

SoftBank, Grab, PETROS teroka infrastruktur AI Sarawak

KUCHING: Sarawak bakal meneroka pembangunan platform infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan digital menerusi kerjasama strategik antara SoftBank Group, Grab dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). Kerjasama

BERITA TERBARU