ARTIKEL

Black Hole

Saintis temui Gaia BH3, lubang hitam terbesar galaksi Bima Sakti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PARIS: Misi Gaia dari Agensi Angkasa Eropah (ESA) menemui lubang hitam terbesar di galaksi Bima Sakti.

Lubang hitam berukuran 33 kali jisim Matahari itu diberi nama Gaia BH3 – mempunyai jisim lebih besar berbanding lubang hitam lain di Bima Sakti.

Astronomi Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan (CNRS) di Observatoire de Paris, Pasquale Panuzzo memberitahu agensi berita AFP BH3 berada 2,000 tahun cahaya dari Bumi dalam buruj Aquila.

BH3 merupakan lubang hitam yang tidak aktif dan terlalu jauh dari bintang pendampingnya untuk mengeluarkan bahannya dan tidak memancarkan sinar-X, menjadikannya sukar dikesan.

Sebelum ini, teleskop Gaia menemui dua lubang hitam tidak aktif – Gaia BH1 dan Gaia BH2 – di Bima Sakti.

Pemerhatian teleskop Gaia meliputi 1.5 juta kilometer dari Bumi sejak 10 tahun lalu.

Pada 2022, Gaia menyampaikan peta 3D yang mengandungi kedudukan dan pergerakan lebih 1.8 bilion bintang.

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

BERITA TERBARU

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam