Sajian empurau RM4,388

KUCHING: Sajian ikan empurau menjadi menu istimewa di Hotel Margherita dan Reverside Majestic bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina 2020.

Pengurusnya Patrick Lau berkata, ia merupakan menu yang akan dikeluarkan pada 24 Januari hingga 8 Februari 2020 untuk makan malam (dinner reunion).

“Ikan empurau dipilih kerana ia merupakan ikan yang terbaik di Sarawak. “Kami mahu mempromosikan ikan empurau kepada para pelanggan semasa festival itu nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di Restoran Meisan, Hotel Grand Margherita di sini, semalam.

Beliau berkata, kajian yang dibuat menunjukkan ikan empurau menjadikan buah engkabang sebagai sumber makanan.

“Buah ini sangat berkhasiat. Bekalan ikan empurau di hotel kami untuk promosi Tahun Baru Cina nanti diambil dari Belaga,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, kedua-dua hotel menawarkan tiga set menu makanan Cina yang lazat pada tarikh tersebut bermula dari 6:30 petang hingga 10:30 malam. Ke semua menu tersebut direka khas oleh Kumpulan Eksekutif Chef Cina Chef Fung Ah Kiong.

Menu empurau ditawarkan dengan harga RM4,388 bagi setiap meja untuk sepuluh orang.

Antara menu lain yang akan dihidangkan ialah Tuna & Salmon Yee Sang dan banyak lagi.

Terdapat juga pakej-pakej makanan lain yang ditawarkan semasa sambutan Tahun Baru Cina.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi talian 082-532111.