ARTIKEL

 “Sakit hati” David Marshel umum keluar DAP, bertanding Bebas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Bekas Ahli Majlis DAP Seberang Perai, David Marshel mengumumkan bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang selepas keluar daripada DAP.

Beliau membuat keputusan tersebut selepas penyandang DUN Perai yang juga Timbalan Ketua Menteri sementara P Ramasamy, digugurkan daripada barisan calon DAP.

‘’Ini (DAP) satu-satunya parti yang saya wakili. Saya sedih dan berat hati untuk tinggalkan parti yang saya cintai ini, namun pencalonan kali ni menyakitkan hati dan saya terpaksa ambil keputusan yang menyakitkan hati saya iaitu untuk keluar parti dan bertanding Bebas,” katanya pada siaran langsung sidang media di pejabat DUN Perai di Perai, Pulau Pinang pada Khamis.

Pun begitu, dia tetap menyatakan sokongannya kepada Ahli Parlimen Batu Kawan Chow Kon Yeow demi mengekalkan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

David menasihatkan rakan-rakannya supaya kekal di dalam parti dan tidak mengikut jejak langkahnya, meskipun ramai yang kecewa dengan keputusan pimpinan pusat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU