Saksi tampil, mayat diikat batu disahkan mangsa bunuh

SIBU: Mayat lelaki yang ditemui diikat dengan batu batu di Sungai Rajang di sebuah jeti di Jalan Lanang Isnin lalu dipercayai adalah mangsa bunuh.

Timbalan Pesuruhjaya Ketua Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, ia diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan, polis memanggil seorang saksi wanita untuk membantu siasatan kes.

“Saksi mengakui melihat empat lelaki bergaduh dengan mangsa di atas sebuah kapal nelayan di Belawai pada malam 9 Oktober lalu,” katanya dihubungi sebentar tadi.

Jelasnya, wanita itu melihat pergaduhan empat suspek dengan mangsa.