ARTIKEL

Salah guna dadah, remaja dihantar ke Sekolah Henry Gurney 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja lelaki diperintahkan ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, dua tahun lalu.

Majistret Zaiton Anuar memerintahkan demikian terhadap pesalah muda berusia 18 tahun selepas mengaku bersalah dan mendengar laporan sosial hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memasukan dadah jenis Methamphetamine, Methylenedioxy-amphetamine (MDA) dan Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) ke dalam badannya.

Dia melakukan kesalahan itu di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching, sekitar jam 5 petang, 2 Februari 2021.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes,pada 2 Februari 2021, kira-kira jam 5 petang  pihak polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching  menahan seorang remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil saringan awal air kencing remaja tersebut didapati positif dadah. 

Hasil laporan sampel urin tertuduh dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak mengesahkan tertuduh positif dadah jenis Methamphetamine, MDA dan MDMA.

Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Difahamkan, tertuduh juga mempunyai jenayah rekod lampau di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol pada tahun 2021.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU