ARTIKEL

Salah guna ganja, lelaki tempatan didenda RM2,500 atau dipenjara empat bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman denda RM2,500 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis ganja.

Tertuduh Nurul Khairul Ariffin Buang, 28, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Menurut kertas pertuduhan, Nurul Khairul didakwa positif dadah jenis ’11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ ketika ditahan anggota Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak sekitar jam 11.00 pagi, 16 Mac 2021.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara hingga dua tahun dan serta-merta dikehendaki menjalani pengawasan oleh pegawai selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Berdasarkan fakta kes, saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah semasa ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak.

Kemudian, sampel urin dibawa ke Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak dan laporan mengesahkan tertuduh positif dadah jenis ganja ’11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Arman Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Sekolah institusi penting bina masa depan negara

SIBU: Dana Program Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan membolehkan kemudahan sekolah sekitar kawasan Parlimen Sibu dinaik taraf. Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara

BERITA TERBARU