ARTIKEL

Salah guna kaki lima, kedai jual alat elektrik diambil tindakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah kedai elektrik di sini telah diambil tindakan sitaan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) akibat menyalahgunakan kaki lima dan kawasan awam.

MBM melalui satu kenyataan berkata, operasi penguatkuasaan tersebut dijalankan oleh Seksyen Penguatkuasa MBM dan dibantu oleh agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, fokus utama operasi tersebut adalah untuk membersihkan barangan yang diletak oleh pemilik premis di kawasan yang tidak dibenarkan.

“MBM telah menjalankan satu operasi penguatkuasaan bagi kesalahan meletak barang ataupun objek di kawasan awam di sekitar bandar Miri terutama di pusat bandar, Centrepoint pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Dalam operasi tersebut, sebuah premis kedai elektrik telah diambil tindakan sitaan. Antara barangan yang telah disita seperti peti sejuk, chiller, penapis air, electric water dispenser, oven dan juga kipas angin.

“Sebelum ini, tindakan amaran dan kompaun telah dikenakan namun tiada kerjasama daripada pemilik premis,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu katanya, MBM bertanggungjawab di dalam penguatkuasaan Cleanliness Bylaw di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 26, dalam memastikan pematuhan terhadap kebersihan dan keselamatan di kawasan awam.

“Ini kerana barang premis pekedai yang diletak di tempat awam boleh menjejaskan imej dan pemandangan bandar raya Miri serta boleh menyebabkan kacau ganggu dan mengancam keselamatan orang awam terutama pengguna jalan raya dan pejalan kaki.

“Justeru, operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan bandar Miri dalam keadaan bersih, selamat dan teratur,” katanya.

Pada masa sama, MBM juga memberi nasihat kepada pemilik premis agar sentiasa menjaga kebersihan dan dilarang sekali meletakkan baranagn kedai atau peribadi di kawasan awam.

Jelasnya, sekiranya masih gagal untuk mematuhi peraturan yang sedia ada, tindakan sitaan akan dilakukan pada masa yang akan datang.

BERITA LAIN

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke