ARTIKEL

Joseph menerima Anugerah Gangsa pada AIGA 2023 di Putrajaya, semalam (Khamis).

Salcra terima Anugerah Gangsa AIGA 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) menerima Anugerah Gangsa pada Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA 2023).

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengurus Besar Salcra Joseph Blandoi berkata, anugerah ini mencerminkan usaha Salcra untuk membina budaya kerja yang bersih.

“Apabila saya mengambil alih tampuk kepimpinan Salcra, kita mulakan dengan merangka Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan melaksanakan pelbagai inisiatif.

“Selepas tiga tahun, kami melihat beberapa keputusan yang memberangsangkan seperti anugerah ini, selain dinilai oleh SPRM sebagai organisasi berisiko sederhana,”katanya.

Beliau berkata, Salcra mengambil bahagian dalam Anugerah AIGA 2023 untuk mengenal pasti jurang dan kelemahan dalam sistem mereka untuk tujuan penambahbaikan.

“Saya harus mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Salcra kerana menyokong inisiatif ini.

“Masih banyak ruang untuk penambahbaikan. Kami akan melaksanakan lebih banyak inisiatif untuk memastikan semua orang dalam organisasi menghayati kepentingan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Antara inisiatif baharu termasuk Sistem Pengurusan Anti Rasuah yang akan bermula tahun ini,” tambah Joseph.

Baca lain  Pastikan bas bersih dan selamat

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan di Putrajaya semalam (22 Februari). AIGA ditubuhkan bagi mengiktiraf dan menghargai usaha dan komitmen sektor awam dan swasta dalam memupuk budaya integriti, tadbir urus dan antirasuah dalam organisasi mereka.

Kiri: Ketua Pegawai Keselamatan, DSP AP Cannedy Ijau, Joseph, Pegawai Integriti Bertauliah, Susan Steward Ngau Ding dan Pengurus Audit Dalam Salcra, Kubu Jenggi, bersama-sama Anugerah Gangsa yang dimenangi pada AIGA 2023.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa