ARTIKEL

Salur bantuan kepada IKS wanita di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KWPK) berharap agar sebahagian hasil Sarawak berjumlah RM11.9 bilion tahun lepas disalurkan kepada kementerian tersebut.

Menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ia sebagai geran modal untuk memperkasakan wanita yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana (IKS) di Sarawak.

“Pemberian modal ini dapat membantu usahawan wanita membeli peralatan dan bahan mentah untuk perniagaan mereka.

Datuk Seri Fatimah Abdullah

“Perusahaan sosial ini amat penting untuk mengurangkan kemiskinan tegar di luar bandar serta bandar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pendapatan keseluruhan Sarawak berjumlah RM11.9 bilion tahun lalu yang diumumkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Khamis.

Sementara, KWPK juga mengalu-alukan peruntukan tersebut bagi memberi subsidi kepada ibu bapa yang bekerja dan menghantar anak mereka ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) swasta berdaftar.

“Ini adalah sistem sokongan penting yang boleh membantu mengekalkan wanita dalam tenaga kerja dan mengekalkan produktiviti mereka,” ujarnya.

Sebelum ini, Abang Johari mengumumkan bahawa Sarawak merekodkan pendapatan keseluruhan negeri berjumlah RM11.9 bilion tahun lalu, pendapatan tertinggi pernah diperoleh negeri itu.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit