ARTIKEL

Salur maklumat segera jika jumpa individu dikehendaki polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki dipercayai warga tempatan dikehendaki polis bagi membantu siasatan melibatkan satu kes khianat di daerah Kuching.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis pada kadar segera.

Beliau dalam satu kenyataan menegaskan orang awam yang mempunyai maklumat suspek boleh menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Syazwan di talian 018-2464071.

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat di pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444 atau di balai polis yang berhampiran.

Kes setakat ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

LAIN-LAIN BERITA

Salcra terima Anugerah Gangsa AIGA 2023

KUCHING: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) menerima Anugerah Gangsa pada Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA 2023). Dalam satu kenyataan hari ini,

BERITA TERBARU