Salur maklumat tepat, tangkis berita palsu

SARIKEI: Penyaluran maklumat tepat amat penting bagi mengelak salah faham dan kebimbangan masyarakat terhadap program vaksinasi Covid-19.

Justeru penganjuran program Info On Wheel (IOW) yang diadakan secara bersemuka merupakan langkah kerajaan dalam usaha memastikan setiap individu menerima maklumat sahih mengenai vaksin berkenaan. 

Sehubungan itu, Adun Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berkata, program memberi banyak manfaat kepada segenap lapisan masyarakat terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan luar bandar. Malah katanya, maklumat boleh difahami dengan mudah oleh segenap lapisan masyarakat termasuk warga emas. 

“Bagi saya, IOW yang menyedarkan masyarakat terhadap pembudayaan norma baharu selain berperanan sebagai perisai yang mampu menangkis penyebaran berita palsu atau maklumat tidak tepat khususnya di media sosial,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa mengikuti program IOW di Jalan Kanowit Julau Durin (KJD) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Meradong, semalam.  

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Apr 2021

 

Suara Sarawak