ARTIKEL

Saman kerajaan kerana jerebu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Kira-kira 1,700 penduduk di bandar Chiang Mai menyaman kerajaan kerana pencemaran udara teruk yang menyelubungi utara Thailand semasa musim menebang dan dan membakar di kawasan ladang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Bangkok Post pada Selasa.

Dalam tuntutan itu mereka mendakwa Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha dan dua pihak berkuasa negeri tidak mengambil tindakan yang mencukupi untuk mengekang pembakaran ladang, walaupun amalan itu mengeluarkan asap yang mengandungi toksik.

Plaintif termasuk aktivis, ahli akademik dan rakyat yang bimbang mengenai kesihatan mereka.

Dalam statistik bandar dengan pencemaran udara paling teruk di dunia seperti yang dipantau oleh syarikat teknologi kualiti udara Switzerland IQAir, Chiang Mai menduduki tempat teratas beberapa kali baru-baru ini.

Bandar ini menduduki tempat ketiga di belakang Beijing dan New Delhi.

Kaedah tebas dan bakar menjadi kelaziman di Thailand serta di negara jiran seperti Myanmar, Kemboja dan Laos terutama pada penghujung musim kemarau.

Pihak berkuasa Thailand melarang pembakaran tanaman pada 2019, namun undang-undang itu tidak dipatuhi.

Baca lain  Dron Ukraine ditembak jatuh di Moscow

Plaintif menuduh kerajaan tidak menjalankan penguatkuasaan dengan tegas. – Bernama/Xinhua

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

Puluhan badak sumbu dilepaskan di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Berpuluh-puluh ekor badak sumbu dilepaskan ke habitat semula jadi di Afrika Selatan, dalam langkah pertama inisiatifnya untuk membebaskan 2,000 ekor badak sumbu ke dalam

Filipina beli 5 kapal pengawal pantai

MANILA: Filipina bersetuju untuk membeli lima kapal peronda pengawal pantai dari Jepun dalam perjanjian bernilai lebih AS$400 juta, kata Manila pada Jumaat. Pengumuman itu dibuat

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan