ARTIKEL

Abdul Karim (kanan) bercakap di sidang media pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Asajaya 2024 diiringi Rubiah (kiri).

Samarahan bakal mempunyai lapangan acara terbesar di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Sebuah lebuh hias (boulevard) yang dijangka menjadi lapangan terbesar di Sarawak bertujuan mengadakan majlis berskala besar bakal dibangunkan di Kota Samarahan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pelan berkenaan telah pun mendapat kelulusan dan kini cuma menunggu penyerahan tender projek kepada kontraktor yang bertanggungjawab.

Menurutnya, lebuh hias itu yang akan diwujudkan berhampiran kawasan Masjid Al-Muttaqin hingga ke bangunan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) berukuran dua kilometer panjang dan 26 meter lebar.

“Sebenarnya jumlah kos hanya RM80 juta tetapi disebabkan ia telah diperluaskan lagi dan mempunyai banyak fasiliti, termasuk trek joging dan trek berbasikal, yang akan menjadi sebahagian daripadanya, dijangka kos akan mencecah lebih RM100 juta.

“Ia telah pun diluluskan dan sekarang tengah mengenal pasti kontraktor yang akan mengendalikannya, saya percaya ia dapat disiapkan dalam tempoh dua atau dua tahun setengah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Asajaya 2024 di Kompleks Sukan Asajaya, hari ini.

Jelas Karim, perancangan masa depan itu bertujuan mengadakan acara-acara tonggak atau besar khususnya majlis kebesaran negeri seperti sambutan ulang tahun Tuan Yang Terutama dan Hari Kebangsaan yang sebelum ini diadakan di Padang Merdeka.

“Padang pusat kini menjadi semakin kecil dan kalau kita misalnya mengadakan perarakan ,ia akan menjadi sesak.

“Jadi kita perlu tempat yang lebih besar yang tidak akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar, maka sebab itulah tercetusnya perancangan pembinaan ‘boulevard’ di Sarawak,” katanya.

Dengan adanya lebuh hias itu nanti, beliau percaya lokasi itu akan menjadi tumpuan awam bagi menjalankan rekreasi dan aktiviti berkaitan termasuk aktiviti berkeluarga.

Pada masa sama katanya, sudah pasti banyak acara besar akan diadakan di tapak lapangan baharu itu nanti.

Terdahulu, majlis ramah tamah menyaksikan suasana meriah dengan kunjungan lebih 500 pengunjung yang terdiri daripada masyarakat setempat.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang.

BERITA LAIN

Festival SAGO pupuk inovasi terhadap usahawan

KUCHING: Pesta Gastronomi Sarawak (SAGO) tahun ini dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Julai ini, manakala Pesta Tuak Borneo diadakan pada 14 hingga 17 September

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

Usahawan dibantu melalui pembiayaan perniagaan

BINTULU: Kerajaan MADANI sentiasa komited membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya saing dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

BERITA TERBARU

Festival SAGO pupuk inovasi terhadap usahawan

KUCHING: Pesta Gastronomi Sarawak (SAGO) tahun ini dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Julai ini, manakala Pesta Tuak Borneo diadakan pada 14 hingga 17 September

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

Kaul komuniti Dayak meruan teguh

LUNDU: Penyerakup komuniti Dayak diatu chukup teguh taja ari bemacham raban etnik, ku Sapit Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Iya ti temegah beratika pekara