Samarahan benam Serian

SKUAD Samarahan FA menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya, setelah mengalahkan tuan rumah, Serian FA 1-0 dalam aksi Zon Selatan Liga SSC-FAS 2021 di Kompleks Sukan Serian petang Sabtu.

Muhd. Zarif Razali muncul wira Samarahan setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-20.

Ia merupakan kemenangan yang cukup bermakna buat anak-anak buah Abang Rili Abang Sa’adili yang kalan 5-0 kepada Sarawak United FC II dalam aksi pertama.

“Kini kami kembali menghidupkan peluang,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Awang Abdul Rahman Awang Hamid.

“Kami mendapat tentangan hebat tuan rumah, namun komitmen jitu para pemain membolehkan kami meraih tiga mata,” ujarnya.

Samarahan akan menentang Kuching FC di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 10 April ini.

Sementara itu, Sri Aman meneruskan kecemerlangan setelah mengatasi Sarikei 2-0 di Kompleks Sukan Integriti Kampung Baru Seberang.

Dalam aksi pertama Sri Aman menumpaskan Kapit 1-0.

Manakala Kapit FA meraih tiga pertama hasil kemenangan 1-0 ke atas Sibu di Stadium Mini Song.

Sementara itu, Mukah berjaya menyekat Bintulu 0-0 dalam aksi di Stadium Mini Bintulu.

Dalam aksi pertama Muah kalan 2-0 kepada Miri.

KEPUTUSAN PENUH

Sri Aman 2 Sarikei 0
Bintulu 0 Mukah 0
Kapit 1 Sibu 0
Serian 0 Samarahan 1

Suara Sarawak